Pages

Aug 5, 2010

~jgn terlalu mencari kesempurnaan~

Aug 5, 2010
Jika kamu memancing ikan,,
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,,
Hendaklah kamu mengambil ikan itu...
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula

ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya 

ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan 
MENDERITA selagi ia masih hidup...

Begitulah juga,,,,

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN 

kepada seseorang,,,
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU,,
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya...
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya 

begitu saja,,
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan 
bersamamu dan mungkin TIDAK dapat
MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada,,
jangan terlalu mengharap pada takungannya 

dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
Cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak,, tentu sukar untuk 

kamu menambalnya semula....
Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin
ia masih dapat digunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,, 

TERIMALAH seadanya...
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan 

janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....
Anggaplah dia manusia biasa...
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN,, bukan 

mudah bagi kamu untuk menerimanya....
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya...
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA,,boleh jadi 

hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,,
Yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan... Berkhasiat...
Mengapa kamu berlengah,, cuba mencari 

makanan yang lain...
Terlalu ingin mengejar kelazatan...
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh 

memakannya... 
Kamu akan menyesal...

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan

seorang insan.....
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu...
MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah,, cuba MEMBANDINGKANNYA 

dengan yang lain...
Terlalu mengejar kesempurnaan...
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia 

menjadi milik orang lain...
Kamu juga yang akan MENYESAL...

sesal dahulu pendapatan,,sesal kemudian tidak berguna...T_T

0 ngomelan: