Pages

May 6, 2010

pembelaan wanita...

May 6, 2010
Antara perjuangan besar Nabi Muhammad S.A.W ialah membela wanita dan mengangkat darjatnya.

Ini berlaku lama sebelum dunia Barat dikejutkan oleh gerakan hak asasi wanita.

“Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan paling indah ialah wanita yang soleh.”  (Riwayat Muslim)

Hadiths ini jelas menunjukkan betapa Islam memandang tinggi kedudukan wanita dalam kehidupan sejagat.

Malah, antara surah yang didahulukan dalam urutan Al Quran ialah mengenai wanita (An-Nisa).

Al Quran menggambarkan wanita dalam tiga fenomena:
- Wanita sebagai
fitnah dan musuh andainya mereka tidak dididik dah diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam.
- Wanita juga
ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.
- Wanita anugerah ILLAHI yang istimewa kepada lelaki yang mendambakan kemesraan dan kebahagiaan hidup.

Sejarah Islam dihiasi juga oleh kisah wanita terbilang.

Sehubungan itu, Rasulullah Salallahualaihiwasalam bersabda:
“Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita:

Asiah binti Muzahim (isteri Firaun), Maryam binti Imran (ibunda Isa),
Khadijah binti Khuailid (isteri Rasulullah) dan Fatimah binti Muhammad (puteri kesayangan Rasulullah)”. (Riwayat Bukhari)
Asiah merupakan symbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanan kepada ALLAH, meskipun hidupnya sebumbung bersama suaminya, Firaun (raja Mesir), yang tidak beriman kepada ALLAH.
Maryam, ibu Nabi Isa Alaihisalam, pula lambang wanita dalam ibadahnya dan ketinggian darjat ketakwaannya kepada ALLAH serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada ALLAH.
Khadijah pula pancaran isteri setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran Islam, berkorban jiwa raga dan harta, rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran dalam menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan di bahu Rasulullah Salallahualaihiwasalam.

Akhirnya, puteri Baginda, Fatimah, adalah sinaran wanita soleh; anak yang soleh dan setia kepada ayahnya, isteri yang taat kepada suaminya dan ibu pengasih lagi bijaksana.

Rasulullah Salallahualaihiwasalam telah menegaskan peri perlu:
- Dihentikan pembunuhan bayi atau kanak-kanak perempuan yang merupakan amalan kaum Quraisy yang percaya wanita pembawa s***;
- Memberikan
layanan setimpal dari segi pendidikan dan kemajuan kepada anak lelaki dan perempuan;
- Menetapkan
pembelaan lelaki ke atas wanita;
- Membolehkan wanita berbaiah (memberikan ikrar setia) sebagai warga Negara;
- Membolehkan wanita terlibat dalam peperangan, urusan rawatan atau hospital sehinggalah pentadbiran; dan
- Menganjurkan setiap Muslim yang akan melangkah ke alam perkahwinan supaya
berhati-hati memilih calon isteri dengan mengutamakan isteri soleh.

“Janganlah kamu nikahi wanita cantik, kelak kecantikannya itu akan membinasakanmu; janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, akan menyebabkan kederhakaanmu; sebaliknya nikahilah wanita yang beragama. Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama itu adalah lebih baik bagimu.”
(Riwayat Abdullah Ibn Humaid)

Antara lain, konsep isteri soleh terpapar dalam maksud firman NYA:

“… perempuan soleh mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan ALLAH.”
(An-Nisa’:34)

Malah, pesan Baginda:
“Jika seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatannya dan mentaati suaminya, nescaya dia dapat masuk ke mana-mana sahaja pintu syurga menurut kehendaknya.”
(Riwayat Imam Ahmad)

Baginda berpesan lagi:

“Seseorang isteri yang meninggal dunia, sedang suaminya redha kepada kematiannya, nescaya isterinya akan masuk syurga.”
(Riwayat Al Hakim dan Tirmidzi)

>>Isteri soleh adalah pendidik dan pengasuh terbaik kepada anak-anaknya dan juga pendingin hati ibubapa.
>> Ia juga merupakan saham akhirat yang pahalanya berkekalan, biarpun ibubapanya telah lama meninggal dunia.
>> Ibu adalah guru pertama anaknya.
>> Antara doa yang paling mustajab ialah doa seorang ibu yang soleh.




:: mahu jd a good girl! insyaallah....

2 ngomelan:

Huda Idris said...

ameen iALLAH..me too..

llki yg baik tuk pempuan yg baik..

smg kte jd wanita solehah yek nani..amiin3

hehe.. amboh2.. dah post pasal suami isteri ni..
maju dah kawan sy ni.. ngeh3

~ N.a.N.i.E.y ~ said...

amiin.....skali skala uda... sje nk mengingatkn dri sndiri...n kwn2 jugak =)